Hello

Welcome To My World ^^

Friday, February 7, 2014

' THE BEST WAY ' apabila kita rindu seseorang :)

Apabila Kita Rindukan Seseorang :'D
Assalamualaikum. Hye Korang. Setelah beberapa tahun.. Akhirnya. Ini lah dia.. The Best Way untuk tenangkan hati sendiri :) Bukan sahaja untuk terhadap orang yg kita syg, malah untuk kawan2 yg ada disekeliling kita dan juga untuk orang yg telah meninggalkan kita.
Setiap orang mempunyai hati dan perasaan yang berbeza... Antara kata hati dan kata lisan, sangat berbeza....kata lisan selalunya menipu diri orang lain dan kekadang jugak menipu diri kita sendiri...kata hati lebih jujur...... Oleh itu, manusia selalu mengikut kata hati...
Sejujur mana pun kita, kadang-2 ia boleh menyakiti hati seseorang. Jadi, untuk tidak menyakiti hati seseorang, orang itu perlulah berfikir yang mana terbaik utk diri dia dan orang lain juga.
Sebanyak mana pon kata " SAYANG " yang diucapkan oleh lisan, tak semestinya dari kata " HATI " nya sendiri. Menipu dengan perasaan sendiri? Apa maknanya itu ? Menjaga hati ? Mungkin si dia ingin menjaga hati seseorang itu.. Tanpa dia sedar dia menipu dirinya sendiri...
Apa nak buat bila rindu?? Macam2 boleh buat kalau kita rindukan seseorang tu. Boleh luahkan terus pada orang tersebut yang kita rindu kat dia. Ada jugak yang pilih untuk pendamkan je perasaan rindu tu. Ada jugak yang pilih untuk luahkan dekat blog, facebook, twitter dan sebagainya tentang perasaan rindu yang dipendam tu. Tapi bagi aku the best way bila rindu adalah luahkan pada Yang Maha Esa. Caranya? Berdoa :)
Kalau kita rindukan seseorang, amalkan doa Nabi Yusuf kepada Zulaikha,
“Ya Allah, sampaikan salam rinduku kepada ******** **** (nama penuh insan tersebut) sehingga aku menjadi kerinduannya…”
Kalau kita selalu doa macam ni bermaksud kita sentiasa ingat insan yang dirindui tu dalam doa kita. Bak kata orang dulu2, “ingat daku dalam doamu”..hehehehe...doa boleh jadi penguat kasih antara dua insan. insyaAllah.
Orang cakap kalau kita sukakan seseorang, lebih baik kita jangan bagitahu pada dia. Nanti Allah kurangkan rasa cinta kita pada dia. Betul ke? Lagi 1. Ada jugak orang cakap, kalau kita pendam perasaan pada seseorang, nanti dapat pahala.
Tapi sampai bila perasaan harus dipendam ek? sehingga kita mendapat petanda bahawa ternyata memang dia adalah jodoh kita. Luahkan perasaan kepada Allah SWT jauh lebih baik dan lebih menenangkan jiwa. Seriously.
Bila kita sayangkan seseorang, mungkin dia sayangkan orang lain. Bila kita rindukan seseorang, mungkin si dia merindui orang lain. Bila kita mengharapkan seseorang sentiasa berada di sisi kita, mungkin si dia mengharapkan orang lain berada di sisi dia.
Kesimpulannya....JUJURLAH dengan diri sendiri dan Orang lain juga. Wallahualam.




cc darikacamataarjuna